Monday, March 21, 2011

 


Seperti di pagi yang indah yang lain....
Pagi ni haku bukak berita on9...
Zaman da canggih..
Bukak pc leh trus baca paper..
leh taw pasal tsunami kat jepun..
tak pon pasai Amerika serang Libya
Awat la depa tak pi tulun org Jepun yang duk dalam kesengsaraan 
Rajen lak depa pi serang Libya...
kalau serang tentera takpa jugak hat ni orang awam pon kena..
Cam ada agenda lain ja..
Haipp..tak elok buruk sangka..


Tapi ini bukan pening pasal dunia yang makin tenat ni..
Ini pasal amalan yang bakal dilakukan tapi haku tak taw pon ianya menyimpang dari ajaran Islam..
Hurm arini kena beli paper kosmo la jawab ye..
pandai depa no..buh cerita sekerat-sekerat..
cerita separuh jalan..
tak faham...tak sure...risau...


Huhu..plan akad nikah nanti kat masjid..
nampak ya kena ubah lokasi la plak..
huhu..memang tak pernah terfikir yang akad nikah kat masjid tu menyerupai budaya orang kristian yang kawen kat gereja..
kalau buat kat masjid pon memang takda niat nak ikut budaya camtu..
ingatkan lagi afdal wat akad nikah kat masjid..
oh konfius.....
  
akibat ketiadaan ilmu akan hal ini..
haku try la carik info kat tenet..
haku terjumpa la seorang blogger yang berkongsi ilmu berkenaan sebab munasabab kenapa dilarang akad nikah kat masjid...
antara sebab munasabab ye..


Apabila Rasulullah ﷺ pernah menikahkan seorang wanita yang datang ke masjid, maka di sini hukum akad nikah di masjid adalah harus, bukan sunat atau haram. Untuk masakini, saya lebih cenderung kepada sebaik-baiknya akad nikah diadakan di rumah perempuan, kerana lebih mendekati sunnah dan dapat mengelakkan pelanggaran adab yang berlaku di dalam masjid.Seringkali, apabila berlaku akad nikah di masjid, terdapat yang mendedah aurat, bergaul bebas, tidak solat tahiyatul masjid. Tidak kurang juga yang merokok, kemudian diiringi hilai tawa dan percakapan sia-sia dalam masjid. Sebaik diakad nikah, pasangan melakukan acara membatal wuduk di dalam masjid. Amat tidak manis apabila si suami mencium isteri di khalayak ramai...lebih2 lagi di dalam masjid. Jika di rumah kan bagus? Itu belum termasuk, sebaik di akad nikah, suami isteri terus bersalaman tidak kira mahram atau tidak, kerana orang-orang yang hadir ke majlis itu belum dikenali dan diketahui status hubungannya. 
untuk penjelesan lebih lanjut sila baca kat blog  Sekadar Berkongsi
hurm hukum ya harus kalau ikut artikel ni
tapi tak berani nak komen la..
kena banyak membaca ni
tapi kalau betul ada fatwa yang dikeluarkan mengenai hukum akad nikah kat masjid ni...
tak berani lak haku nak keteghaq wat akad nikah kat masjid gak...
 Ya allah ya tuhanku..
Aku memohan pada-Mu agar kau permudahkanlah majlisku dari dugaan yang tidak mampu ku hadapi & amalan-amalan yang menyimpang..
Amin..


hunybie

0 Comments:

Post a Comment