Monday, May 9, 2011


Chantek ye inai Ayu Raudah..org ye lagi la lawa..

1st tym tengok gambar ni terus terfikir nak wat inai cenggini...
teringin nak wat inai bercorak ni tym kawen nanti...
tak tahu la nape gatal lak teringin nak wat benda2 mcm ni..
ada yang tak suka sebab nampak serabut..
maybe haku ni serabut org ye..
so tak heran la haku suka tengok benda2 serabut ni..
bila nampak serabut maybe bg haku itu seni..
*kalau tak sikat rambut 1 hari kira seni la ek..hehehe..*

tapi pernah terdengar yang inai bercorak ni haram...
hurm takut gak..
so haku try la wat research sikit..
tanya member gak..
sebab dia pon nak kawen sama tarikh dengan haku
pastu dia suruh haku baca kat sini....
hehehe..kalau korang malas nak bukak site kat atas..meh baca haku copy & paste kat bwh ni..

Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.



pastu haku try lagi research pasal isu ni
ni pulak haku copy & paste kat blog Ustaz Love

Salam..
Ustaz Love menerima pertanyaan daripada kakjem berkenaan satu isu.. Isu ni dah lama (Ustaz Love pun tak ingat sama ada pernah buat entry pasal ni atau tak) tapi tak salah untuk kita kembali membincangkannya, sebab isu agama ni sentiasa relevan.. Bila dah lama tak dengar / baca, kita pun jadi lupa..
Berinai jari dibenarkan syarak pada hari perkahwinan. Namun jika berinai seperti dalam gambar (corak2) dan seumpama dengannya yakni seperti kaum Hindu tidak dibenarkan.Diriwayatkan dari Ibnu Umar bahwa Rasulullah s.a.w bersabda, ”Barangsiapa yang meniru suatu kaum maka dia termasuk dari mereka.” (HR. Abu Daud yang dishahihkan oleh Ibnu Hibban)
Meniru dalam konteks ini adalah berkaitan adat dan agama kaum kafir.
Pertama sekali perlu kita fahami, adakah sesuatu amalan itu merupakan amalan keagamaan atau amalan kebudayaan sesuatu kaum / bangsa. Sekiranya ia amalan keagamaan, maka haramlah kita mengikutinya.. ia jelas berdasarkan banyak hadis yg melarang menyerupai sesuatu kaum.
Sebaliknya, jika amalan tersebut merupakan amalan budaya bagi sesuatu masyarakat / kaum, maka ianya harus dilakukan dengan syarat ianya tak melampaui batas yang dibenarkan syarak.
Contoh amalan keagamaan adalah seperti menyambut perayaan Deepavali, Krismas, Thaipusam, Wesak Day dsb.
Dalam hal tattoo inai yang dikaitkan dengan amalan agama Hindu, sebenarnya ia bukanlah amalan keagamaan.. sebaliknya amalan budaya masyarakat India. Sama seperti memakai sari, dhoti, bertindik hidung dsb. Namun, jika memakai dhoti sampai menampakkan kepala lutut, atau memakai sari yg menampakkan pusat, maka ianya adalah haram. Bukan sebab ianya pakaian keagamaan, sebaliknya sbb tak menepati syariat (tak menutup aurat). Kalau pakai jubah, lepas tu lilit dengan sari, maka takde masalah. Cuma nampak pelik je la (tapi org zaman sekarang memang suka buat benda pelik2 ni).
Bila kita dah mengetahui bahawa ianya amalan kebudayaan, maka tak kena la nak guna hadis tersebut.. sbb sekiranya digunakan juga untuk lambang kebudayaan bagi sesuatu kaum, maka dah tentu haram bagi India Muslim memakai baju Melayu teluk belanga masa solat Jumaat (sbb baju Melayu pakaian kebudayaan bangsa Melayu).. begitu juga haram la bagi org Melayu memakai jubah terbelah tepi (sbb jubah terbelah tepi tu pakaian kebudayaan bangsa Cina – cth Wong Fei Hong).
Jadi, tattoo inai ini hukumnya harus. Sekalipun ianya bercorak seolah2 tattoo, namun ianya bukanlah tattoo.. sbb tattoo itu adalah warna yang dicucuk pada kulit dan kekal, sebaliknya inai ini cuma berada di atas kulit dan warnanya tak kekal.
Cuma, dalam mencorakkan tattoo inai, haram mencorakkannya dengan corak2 yg melambangkan sesuatu agama.. spt membuat corak salib ke, corak patung Buddha ke dsb.
Namun begitu, di kalangan ulamak sendiri ada khilaf masing2.. Ada yang kata harus, ada yg kata haram. Maka, adalah sebaiknya kita tidak melakukannya.. kerana kaedah usul ada mengatakan “keluar daripada khilaf itu adalah mustahab (digalakkan / lebih baik)”.


p/s: Sebarang kemusykilan, persoalan atau pendapat, sila rujuk kepada yang lebih berilmu & berpengetahuan mendalam dalam hal ini..
haku hanya merujuk dalam internet..
Sekian, terima kasih...
hunybie

0 Comments:

Post a Comment